TAMBAHKAN TENAGA ANDA DENGAN MADU UNGGUL
Apr 5, 2011
Surah An-Nahl
Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah : "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat-tempat yang dibuat manusia"..
Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)..
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..
KELEBIHAN MADU
1. Mengembalikan Kekuatan Tubuh
* Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
* Memulihkan sel-sel urat besar.
* Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
* Meransang tenaga batin.
2. Membersih Dan Menambah Darah
* Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
* Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
* Mengimbangi kandungan lemak dan membuat jantung aktif.
* Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
3. Bayi/Kanak-kanak
* Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
* Menyembuh cirit-birit dengan segera.
* Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
* Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
4. Khasiat Untuk Lelaki/Wanita/Remaja
* Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
* Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
5. Ibu Hamil
* Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa bersalin.
* Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
6. Anak Dalam Kandungan
* Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman
* Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
* Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya Vitamin C yang tinggi dalam madu asli.
* Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
* Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.
7. Bagi Ibu Selepas Melahirkan Anak
* Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perut atau rahim.
* Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
8. Bagi Bayi Yang Baru Lahir
* Meneruskan pembelian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
* Membersihkan perut bayi.
* Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
* Mengelak bayi dari kembung perut.
9. Pengidap Kencing Manis (Diabetes)
* Menstabilkan kandungan gula dalam darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
10. Untuk Semua
* Mengelakkan kegemukan tidak terkawal.
* Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
* Meguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
* Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
* Memulihkan batuk dan lelah.
* Menghindarkan badan letih dan lesu.
* Kurangkan kesakitan bila datang haid.
* Membantu menerangkan pandangan.
Cara Menggunakannya....
* Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
* Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
* Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. (Jangan dicampur dengan ais!!!)
* Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
* Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
* Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
Sapulah Madu Asli Jika :
* Kemalangan ke atas luka - menghentikan aliran darah dengan segera dan luka terlindung dari kuman.
* Kelecuran akibat api, air panas, ekzos, minyak panas dll.
* Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
* Sakit mata - Titiskan madu lebah ke dalam mata.
Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia..
0 coretan ilham:
Post a Comment