• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • MENGENALI PERUBAHAN SEORANG INSAN

    Jun 4, 2011

    Rahsia Bulan dan Kelahiran

    Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

    JANUARI

    * Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
    * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
    * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
    * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
    * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
    * Pandai mengambil hati orang lain.
    * Pendiam kecuali telah dirangsang.
    * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
    * Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
    * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
    * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
    * Cukup sayang pada kanak-kanak.
    * Suka duduk di rumah.
    * Setia pada segala-galanya.
    * Perlu belajar kemahiran bersosial.
    * Sifat cemburu yang sangat tinggi

    FEBRUARI

    * Berfikiran abstrak.
    * Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
    * Bijak dan pintar
    * Berpewatakan yang mudah berubah.
    * Mudah menawan orang lain.
    * Agak pendiam.
    * Pemalu dan rendah diri.
    * Jujur dan setia pada segalanya.
    * Keras hati untuk mencapai matlamat.
    * Tidak suka dikongkong.
    * Mudah memberontak apabila dikongkong.
    * Suka kegiatan yang lasak.
    * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
    * Mudah mempamerkan marahnya.
    * Tidak suka benda yang remeh-temeh.
    * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
    * Sangat berani dan suka memberontak.
    * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
    * Pemerhatian yang tajam.
    * Suka hiburan dan sukan.
    * Suka benda yang bersifat seni.
    * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
    * Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
    * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
    * Belajar untuk mempamerkan emosi

    MAC

    * Berpesonaliti menarik dan menawan.
    * Mudah didampingi.
    * Sangat pemalu dan pemendam rasa.
    * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
    * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
    * Suka pada kedamaian.
    * Sangat peka pada orang lain.
    * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
    * Tidak cepat marah dan sangat amanah.
    * Tahu membalas dan mengenang budi.
    * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
    * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
    * Suka berangan-angan.
    * Suka melancong.
    * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
    * Kelam kabut dalam memilih pasangan.
    * Suka dengan hiasan rumahtangga.
    * Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
    * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
    * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

    APRIL

    * Sangat aktif dan dinamik.
    * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
    * Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
    * Punya daya mental yang sangat kuat.
    * Suka diberi perhatian.
    * Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
    * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
    * Sangat berani dan tiada perasaan takut.
    * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
    * Emosi cepat terusik.
    * Cuba kawal perasaan.
    * Kecenderungan bersifat pendendam.
    * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
    * Kuat daya ingatan.
    * Gerak hati yang sangat kuat.
    * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
    * Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
    * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

    MEI

    * Keras hati & tegas.
    * Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
    * Pemikiran yang tajam.
    * Mudah marah apabila tidak dikawal.
    * Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
    * Perasaan yang amat mendalam.
    * Cantik dari segi mental & fizikal.
    * Tidak perlu dimotivasikan.
    * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
    * Mudah dipujuk.
    * Bersikap sistematik (otak kiri).
    * Suka berangan.
    * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang
    lain tanpa diberitahu.
    * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
    * Daya khayalan yang tinggi.
    * Permikiran yang tajam.
    * Pandai berdebat.
    * Fizikal yang baik.
    * Kelemahan sistem pernafasan.
    * Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
    * Tidak berapa suka duduk di rumah.
    * Tidak boleh duduk diam.
    * Tidak punya ramai anak.
    * Rajin dan bersemangat tinggi.
    * Agak boros

    JUN

    * Berfikiran jauh & berwawasan.
    * Mudah ditawan kerana sikap baik.
    * Berperangai lemah lembut.
    * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
    * Idea yang terlalu banyak di kepala.
    * Bersikap sensitif.
    * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
    * Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
    * Bersikap suka menangguh-nangguh.
    * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
    * Cepat marah & cepat sejuk.
    * Suka bercakap & berdebat.
    * Suka buat lawak & bergurau.
    * Otaknya cerdas berangan-angan.
    * Mudah berkawan & pandai berkawan.
    * orang yang sangat tertib.
    * Pandai mempamerkan sikap.
    * Mudah kecil hati.
    * Mudah kena selsema.
    * Suka berkemas.
    * Cepat rasa bosan.
    * Sikap terlalu memilih & cerewet.
    * Kurang mempamerkan perasaan.
    * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
    * Suka pada barang yang berjenama.
    * Mudah menjadi eksekutif.
    * Kedegilan yang tidak terkawal.
    * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

    JULAI

    * Sangat suka didamping.
    * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
    * Agak pendiam kecuali dirangsang.
    * Ada harga dan maruah diri.
    * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
    * Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
    * Sangat menjaga hati orang lain.
    * Sangat peramah.
    * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
    * Berjiwa sentimental.
    * Jarang berdendam.
    * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
    * Tidak suka benda remeh-temeh.
    * Membimbing cara fizikal dan mental.
    * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
    * Layanan yang serupa terhadap semua orang.
    * Tinggi daya simpati.
    * Pemerhatian yang tajam.
    * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
    * Mudah dan rajin belajar.
    * Suka muhasabah diri.
    * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
    * Suka mendiamkan diri.
    * Suka duduk di rumah.
    * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
    * Tidak agresif kecuali terpaksa.
    * Lemah dari segi kesihatan perut.
    * Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
    * Minta disayangi.
    * Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
    * Terlalu mengambil berat.
    * Rajin dalam membuat kerja

    OGOS

    * Suka berlawak.
    * Mudah tertawan padanya.
    * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
    * Berani dan tidak tahu takut.
    * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
    * Pandai memujuk orang lain.
    * Terlalu pemurah & bersikap ego.
    * Nilai harga diri yang sangat tinggi.
    * Dahagakan pujian.
    * Semangat juang yang luar biasa.
    * Cepat marah & mudah mengamuk.
    * Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
    * Sangat cemburu.
    * Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
    * Cepat berfikir.
    * Fikiran yang berdikari.
    * Suka memimpin & dipimpin.
    * Sifat suka berangan.
    * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
    * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
    * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
    * Belajar untuk bertenang.
    * Sikap kelam kabut.
    * Romantik, pengasih dan penyayang.
    * Suka mencari kawan

    SEPTEMBER

    * Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
    * Sangat cermat, teliti & teratur.
    * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
    * Pendiam tapi pandai bercakap.
    * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
    * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
    * Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
    * Sangat sensitif yang tidak diketahui.
    * orang yang banyak berfikir.
    * Daya pentaakulan yang baik.
    * Otak bijak & mudah belajar.
    * Suka mencari maklumat.
    * Kawal diri dari terlalu mengkritik.
    * Pandai mendorong diri sendiri.
    * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
    * Suka sukan, hiburan & melancong.
    * Kurang menunjukkan perasaannya.
    * Terluka hatinya sangat lama disimpan.
    * Terlalu memilih pasangan.
    * Sukakan benda yang luas.
    * Bersistematik

    OKTOBER

    * Suka berbual.
    * Suka orang yang sayang padanya.
    * Suka ambil jln tengah.
    * Sangat menawan & sopan santun.
    * Kecantikan luar & dalam.
    * Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    * Sentiasa berkawan.
    * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    * Cepat marah.
    * Macam pentingkan diri sendiri.
    * Tidak menolong orang kecuali diminta.
    * Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
    * Tidak suka terima pandangan orang lain.
    * Emosi yang mudah terusik.
    * Suka berangan & pandai bercakap.
    * Emosi yang kelam kabut.
    * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    * Suka melancong, bidang sastera & seni.
    * Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    * Romantik dalam percintaan.
    * Mudah terusik hati & cemburu.
    * Ambil berat tentang orang lain.
    * Suka kegiatan luar.
    * orang yang adil.
    * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
    * Mudah patah semangat

    NOVEMBER

    * Banyak idea dalam perkara.
    * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
    * Berfikiran kehadapan.
    * Berfikiran unik dan bijak.
    * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
    * Pemikiran yang tajam.
    * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
    * Sesuai jadi seorang doktor.
    * Cermat dan teliti.
    * Personaliti yang dinamik.
    * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
    * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
    * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
    * Terlalu degil dan keras hati.
    * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
    * Tak suka marah kecuali digugat.
    * Mudah ambil berat terhadap orang lain.
    * Pandai muhasabah diri.
    * Cara berfikir yang lain dari orang lain.
    * Otak yang sangat tajam.
    * Pandai mendorong diri sendiri.
    * Tidak hargai pujian.
    * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
    * Cuba sampai berjaya.
    * Badan yang sasa.
    * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
    * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
    * Suka duduk d irumah.
    * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
    * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
    * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
    * Bercita-cita tinggi.
    * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

    DISEMBER

    * Sangat setia dan pemurah.
    * Bersifat patriotik.
    * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
    * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
    * Bercita-cita tinggi.
    * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
    * Seronok bila didampingi.
    * Suka bercampur dengan orang.
    * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
    * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
    * Tidak pandai berpura-pura.
    * Cepat marah.
    * Perangai yang mudah berubah-ubah.
    * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
    * Benci pada kongkongan.
    * Suka berlawak.
    * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

    ——————————————————————————————————————————————————–

    1. Tarikh Lahir pada 1, 9 & 24

    Pada umumnya pasangan ini bersifat pendiam & konservatif. Namun
    dengan orang-orang tertentu dia cepat mesra. Tapi pasangan yang lahir
    tarikh ini mudah terperasan. Kerana sifatnya itu menyebabkan ramai
    orang yang tidak menyukainya. Namun begitu dia tetap dikagumi kerana
    bersikap serius terutamanya yang berhubung dengan orang ramai. Dalam
    hal percintaan, dia sanggup berhabis semata-mata untuk memenuhi segala
    keinginan pasangannya. Tapi hati-hati kadangkala dia lebih mementingkan
    persahabatan daripada percintaan dan lebih rela memutuskan cintanya
    demi sebuah persahabatan yang telah terjalin lama.

    2. Tarikh Lahir pada
    2, 11 & 30

    Orangnya perasa dan mudah tersinggung. Sifatnya yang suka menyendiri
    membuatkan dia lebih suka tinggal di rumah. Ramai orang suka bergaul
    denganya kerana perwatakannya yang lembut & ramah. Dia paling benci
    jika cintanya ditolak atau dikhianati olih orang yang benar-benar
    dicintainya. Namun begitu dia selalu bersikap sabar dan tidak terburu-
    buru dalam bertindak. Sayangnya untuk urusan masa depan dia bersikap
    pesimis sering mengalah sebelum mencuba.Oleh itu mesti ada yang
    mendorongnya agar tidak terus terjebak dengan sikap pesimisnya.


    3. Tarikh Lahir pada 3, 18 & 29

    Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan
    yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia
    akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan
    bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam
    bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk
    di mengertikan.


    4. Tarikh Lahir pada 4, & 13

    Pasangan yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang pandai, suka
    bergaul dan mudah berubah pendapat. Dia seringkali tidak yakin dengan
    diri sendiri.Dalam soal cinta, dia tergolong pasangan yang mata
    keranjang dan suka bertukar-tukar partner. Sifat ini membuatkan orang
    tidak suka apa lagi untuk bersimpati dengannya. Dia sering bersifat
    dingin kepada orang lain kerana menganggap orang lain merupakan faktor
    penyebab timbulnya masalah. Tapi dia memiliki sifat kelakar, mudah
    ketawa dan kadangkala bersikap keanak-anakkan.


    5. Tarikh Lahir pada 5 & 17

    Yang lahir pada tarikh ini adalah seorang yang optimis, bercita-cita
    tinggi dan punya kecederungan untuk berprestasi. Namun begitu dia
    adalah seorang yang berwatak keras dan apa yang diinginkan selalunya
    dipenuhi. Memandangkan sesuatu selalunya dari segi yang menguntungkan.
    Tapi sayangnya dia suka menganggap remeh pada orang lain. Dalam soal
    cinta, berhati-hatilah kerana dia suka bertukar-tukar pasangan.


    6.Tarikh Lahir pada 6, 14 & 27

    Dia adalah seorang pasangan yang tidak mahu kalah dan pantang menyerah.
    Kejujuran dan keadilan merupakan sifat yang membuatkan dia disegani.
    Dalam soal cinta dia ingin memberi yang terbaik kepada orang yang
    dicintainya. Namun begitu harga dirinya terlalu tinggi sehingga dia
    tidak pernah mengerti mengapa seseorang itu menolak kebaikannya.


    7. Tarikh Lahir pada 7, 28 & 31

    Dia adalah seorang yang bersifat terbuka berterus terang & jujur.
    Namun dia mudah sekali terpengaruh dan ingin mencapai sesuatu itu
    dengan cara mudah. Cinta baginya sering diertikan sebagai pengisi masa
    lapang. Semasa bercinta dia sangat berhati-hati dan suka sekali merayu
    dan kalau pasangannya curang dia dengan mudah meninggalkannya.

    8. Tarikh Lahir pada 8 & 23

    Dia bersifat peramah dan mudah perasa. Kepada teman-teman dia bersifat
    lembut & bijaksana. Namun begitu dia tersisih dari teman-teman
    kerana rasa rendah diri yang terlalu menebal. Dia memerlukan suasana
    yang seimbang baik sewaktu berfikir mahupun dalam kehidupan seharian.
    Kelemahan yang paling menonjol ialah gugup dan selalu dihantui perasaan
    khuatir tetapi dia adalah seorang yang penjimat. Dalam urusan cinta,
    dia seorang yang tabah dan rela berkorban.


    9. Tarikh Lahir pada 10, 16 & 21

    Suka bekerja keras,memiliki nafsu yang tinggi dalam usaha mencapai
    cita-citanya. Dalam pergaulan sehari-hari dia merupakan orang yang
    mudah tersinggung. Namun begitu dia seorang yang jujur & tabah
    dalam menghadapi persoalan. Soal cinta dia sangat setia dan sebab
    itulah dia mudah disenangi. Tapi dia seorang yang terlalu cemburu.
    Kalau baik dia sangat baik dan kalau jahat dia merupakan orang yang
    paling jahat.


    10. Tarikh Lahir pada 12 & 19

    Orang yang lahir pada tarikh ini memiliki sifat suka dipuji. Dia
    berharap setiap orang akan menganggapnya sebagai juara. Pada dasarnya
    dia suka berdandan dan berpakaian rapi. Kerana itu dia sering
    membelanjakan wangnya untuk menunjukan penampilannya. Dalam kehidupan
    sehari-hari dia adalah pasangan yang disegani kerana bakat
    kepimpinannya. Sifatnya yang bijaksana membuatkan dia disegani dalam
    pergaulan. Dalam urusan cinta, dia adalah pasangan yang sangat susah
    untuk dipercayai.


    11. Tarikh Lahir pada 15, 20 & 26

    Jangan mengharapkan sifat romantis dari pasangan yang lahir pada tarikh
    ini. Dia tergolong dalam orang yang kurang serius, bersikap B***h dalam
    menghadapi sesuatu. Namun begitu dia selalu bersikap penuh pengertian
    bila menghadapi sesuatu masalah. Dia sangat benci pada perkara-perkara
    yang berbau keributan terutama yang menimbulkan huru-hara. Dalam hal
    percintaan dia menuntut untuk lebih diberi perhatian tapi dia jarang
    mengambil berat pada pasangannya. Namun begitu sikapnya disenangi oleh
    kawan-kawan.


    12. Tarikh Lahir pada 22 & 25

    Wataknya paling susah untuk dimengertikan. Kadangkala dia disukai
    kerana kebaikannya dan kadangkala dia dibenci kerana perbuatannya.
    Namun buat teman-teman dia merupakan orang penuh pengertian. Dalam
    pelbagai situasi dia lebih suka merendahkan diri jarang sekali mahu
    menonjolkan kelebihannya pada orang lain. Pasangan jenis ini terkenal
    sebagai perayu dan sebab itulah dia diberi jolokan seniman

    ———————————————————————————————————————————————————————–

    1hb.
    Kamu seorang yang tidak tetap pendirian terutamanya dalam soal cinta.
    Kadangkala pilihan yang kamu buat itu bukanlah yang terbaik. Sebab itu
    cinta kamu mudah beralih arah bila terasa tidak wujud keserasian.

    2hb.
    Berbeza dengan mereka yang dilahirkan pada 1hb, kamu yang dilahirkan
    pada tanggal 2hb cukup tegas orangnya dan keputusan kamu sukar digugat
    termasuklah soal cinta. Sekali kamu mengatakan tidak, tiada siapa yang
    mampu mengubahnya.

    3hb.
    Kamu seorang yang cukup bersemangat dalam. menjalani kehidupan. Kamu
    memerlukan cinta dalam hidup namun sikap kamu yang seolah tak endah dan
    sukar untuk meluahkan apa yang kamu rasa membuatkan kamu segan untuk
    didekati.

    4hb.
    Dikatakan kamu yang dilahirkan pada 4hb ini terlalu suka mengikut
    perasaan dan kata hati. Sebab itulah tidak hairan bila kamu sering
    tersilap membuat keputusan yang kadangkala kamu sendiri kesali. Selalu
    saja cinta kamu hinggap pada tempat yang salah.

    5hb.
    Awas! Kawal perasaan cemburu yang kamu miliki itu kerana ia boleh
    memburukkan diri kamu sendiri. Namun kebaikan kamu, bersifat pelindung
    kepada orang-orang yang kamu sayangi.

    6hb. Kamu disukai ramai kerana personaliti kamu yang cukup menarik hati. Tidak hairanlah bila ramai yang cuba menawan hati kamu. Walau bagaimanapun, bagi kamu banyak lagi perkara penting selain cinta.

    7hb.
    Kamu seorang yang ‘happy go lucky’ dan gemar berseronak. Namun sikap
    kamu yang agak berhati-hati dalam memilih teman membataskan pergaulan
    kamu. Begitu juga soal percintaan. Kamu ni pemilih sangat!

    8hb.
    Kamu seorang yang romantis. Wah! beruntungnya siapa yang menjadi
    pasangan kamu nanti. Namun kamu mementingkan cinta sejati bukannya
    nafsu semata-mata saja!

    9hb.
    Nampaknya kamu ni seorang yang amat menjaga personaliti dan
    keterampilan diri di mata orang ramai. “Maintain vouge” manjang! Dalam
    soal cinta, sudah tentu kamu ingin yang ’setaraf’ juga.

    10hb.
    Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini seorang yang sangat mementingkan
    keluarga daripada segala-galanya di dunia ini. Kamu gembira dalam
    keriuhan keluarga yang besar. Namun sikap ini kadangkala membuatkan
    buah hati terasa diri terpinggir!

    11hb.
    Nampaknya kamu ni seorang yang amat berdisiplin dalam mengatur
    kehidupan kamu seharian. Sebab itulah kamu juga mengharap si dia juga
    bersikap demikian. Namun, tidakkah kamu terfikir, kadangkala hidup ini
    terasa boring bila terlalu mengikut peraturan?????

    12hb.
    Kamu seorang yang setia dalam perhubungan. Sekali kamu memberikan
    komitmen, selamanya kamu akan setia. Namun jangan tak tahu, ramai yang
    masih menaruh minat padamu walaupun tahu kamu sudahpun berpunya!!

    13hb.
    Kamu seorang yang sering berfikir ke arah yang positif sahaja. Sebab
    itulah kamu disukai ramai. Namun dalam masa yang sama, kamu sering
    tunduk dan tidak tahan dengan tekanan! Dari segi hubungan cinta, kamu
    amat pandai menjaga perhubungan.

    14hb.
    Hebat! Bagi kamu, karier/pelajaran adalah segalanya dalam hidup. Sebab
    itulah kamu tidak menerima mana-mana huluran cinta daripada sesiapa.
    Cinta dan perkahwinan adalah perkara terakhir dalam senarai hidup kamu!!

    15hb.
    Kamu yang dilahirkan pada tarikh ini suka mengubah keputusan kamu
    secara tiba-tiba. Namun apabila kamu membuat keputusan, kamu akan terus
    bertindak. Punca pergaduhan antara kamu dan si dia, sikap kamu ini yang
    suka membuat tindakan ‘last minutes’.

    16hb.
    Kamu ini seorang yang moody rupanya…. Sekejap mood kamu okey dan
    sekejap pula kamu marah-marah. Ini membuatkan tekanan dan si dia boring
    dengan sikap kamu itu.
    Cuba kawal sikit.

    17hb.
    Kamu lebih suka mejaga hati orang lain berbanding hati kamu sendiri.
    Namun sikap penting yang kamu tonjolkan membuatkan orang tidak tahu
    perasaan sebenar kamu.

    18hb.
    Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan
    cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan
    pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan
    kata sayang.

    19hb.
    Kamu bersikap berhati-hati dalam setiap apa yang kamu lakukan
    termasuklah menjalinkan perhubungan cinta. Biasanya kamu lebih suka
    mulakan dengan persahabatan sebelum menjadi serius.

    20hb. Kamu ini terlalu banyak permintaan. Ada
    sahaja yang kamu inginkan. Sebab itulah sering timbul pergaduhan dengan
    si dia bila kamu asyik minta itu dan ini. Kamu sepatutnya tengok dulu
    kemampuan si dia!!!

    21hb.
    Sikap kamu yang cool, tenang dan seolah tak kisah membuatkan orang lain
    ‘ambil mudah’ terhadap diri kamu. Begitu juga si dia. Lebih baik kamu
    berterus terang jika ada perbuatan si dia yang kamu tidak suka sebelum
    terlambat.

    22hb.
    Kamu yang lahir pada tanggal ini seorang yang amat bercita-cita tinggi
    dan mempunyai impian hidup sendiri. Dalam soal cinta, kamu akan memilih
    seseorang yang kamu akan rasa’ selamat’ bila berada di sampingnya.

    23hb.
    Sikap kamu yang kelakar dan riang membuatkan orang suka mendampingi
    kamu. Malangnya kamu sering terasa bosan bila berada di samping
    teman-teman dan sidia. Jangan begitu, kadangkala kita perlu serius
    dalam hidup.

    24hb.
    Kamu seorang yang mementingkan diri sendiri. Dalam perhubungan cinta,
    kamu terlalu takut dilukai hingga membuatkan kamu bersifat menggongkong
    si dia.

    25hb.
    Bila menyentuh soal cinta, kamu sukar mempercayai lelaki/perempuan yang
    bagi pendapat kamu ramai yang lebih suka mempermainkan kaum sejenis
    kamu. Kalau tak mencuba, bagaimana nak tau
    kan?????

    26hb.
    Kamu harus ubah sikap kamu ini yang dikatakan tidak serius dalam
    perhubungan yang dijalinkan. Malah kamu lebih mementingkan keseronokan
    saja!!!!

    27hb. Kamu sukar untuk menaruh kepercayaan kepada orang lain walaupun kekasih kamu sendiri. Tak baik wasangka !!!!

    28hb.
    Kamu suka diri kamu menjadi perhatian ramai dikalangan teman-teman.
    Namun kadangkala di dalam keghairahan bila menjadi tumpuan, kamu
    meminggirkan sidia tanpa disedari.

    29hb. Kamu tidak akan menjalinkan sebarang komitmen dengan sesiapa saja selagi kamu tidak puas hati dengan apa yang kamu miliki.

    30hb. Kamu seorang yang keras kepala. Ini juga punca pergaduhan kamu dengan si dia kerana kamu sukar untuk beralah!!!!

    31hb.
    Terlalu banyak yang kamu impikan dalam hidup. Jangan begitu, hargai apa
    yang kamu miliki sekarang termasuk si dia yang setia!!!!

    ————————————————————————————————————————————

    Contoh:
    12 April 1974
    12 + 4 + 1974 = 1990
    1 + 9 + 9 + 0 = 19
    1 + 9 = 10
    1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

    Keterangan nombor lahir

    1. Ketulenan

    - Hadir dengan idea baru.
    - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
    - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
    - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
    - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.

    Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.

    Golongan
    terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford,
    Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

    2. Pendamai

    - Dilahirkan sebagai diplomat.
    - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
    - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
    - Mereka tidak suka bersendirian.
    -Persahabatan
    adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya
    di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan
    yang terjalin itu tidak serasi.
    - Golongan ini secara semulajadi
    adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri
    (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill
    Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus
    Mozart.

    3. Ceria

    - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
    - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
    - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya.
    - Mereka sangat popular dan idealistik.
    - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

    Golongan
    terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill
    Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

    4. Konservatif

    - Golongan ini sangat peka dan tradisional.
    - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
    - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
    - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
    - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar.
    - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
    - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.

    Golongan
    terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret
    Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

    5. Perintis

    - Mereka adalah perintis.
    - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
    - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat.
    -
    Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang
    untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
    - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
    -
    Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan
    mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu
    kesimpulan.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5:
    Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh,
    Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

    6. Romantik

    - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.
    - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
    - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
    - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
    - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
    - Mereka suka seni musik.
    - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
    - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.

    Golongan
    terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour,
    John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

    7. Intelektual

    -Golongan
    ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan
    mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. -
    Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
    - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
    - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
    -
    Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi
    penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
    - Mereka sangat suka berahsia.
    - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.

    Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

    8. Penyelesaian

    - Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
    - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
    - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
    - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif.
    - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
    - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.

    Golongan
    terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand,
    George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

    9. Pelakon
    - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
    - Mereka sangat penyayang dan pemurah.
    -
    Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk
    berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang
    dianggap asing kepada mereka.
    - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
    - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
    -
    Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita
    akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
    - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

    Golongan
    terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley
    MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

    ———————————————————————————————————————————–

    http://www.angelfire.com/home/rahsiapandai/zodiak.html

    ———————————————————————————————————————————–


    1. Pemimpin
    2. Lembut
    3. Kemas (Cerewet)
    4. Rajin
    5. Boleh berbincang
    6. Angin
    7. Patuh
    8. Bisnes
    9. Glamour

    Contoh: 20 05 1981

    2 + 0 = 2

    Maka kotak pertama adalah 2..
    Kemudian campurkan kesemua nombor..

    2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

    Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:

    2 + 6 = 8

    Maka kotak kedua adalah 8..
    Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua

    2 + 8 = 10

    Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi

    1 + 0 = 1

    Maka kotak ketiga ialah 1..
    hasilnya..

    2: Lembut
    8: Bisnes
    1: Pemimpin

    Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
    diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
    akan menjadi seorang yang berguna..
    "

    3 coretan ilham:

    1. wardatulhumayra said...:

      yaaa..panjangnyer entri kali ni..byk info nieyh..hehe.. :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...