MENGAPA HATI MATI ..????
Hati adalah organ paling utama dlm tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dgn baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih2 lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya mmbabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahka menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkn bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Adakah hati yang kotor sebegini yang ingin kita lihatkan kepada Allah semasa di padang Masyar kelak? Adakah hati yang kotor sebegini yang kita harapkan dapat memelihara hati orang lain?
Sudah tentu tidak. Dan tidak hairanlah jika rumahtangga diselubungi rasa tidak selesa dan tidak percaya apabila pasangan suami dan isteri saling berjauhan kerana urusan kerja dan sebagainya apabila hati masing-masing kotor dan busuk akibat dosa dan maksiat yang mereka lakukan dahulu. Itulah natijahnya cinta pandangan mata yang diselubungi dengan hawa nafsu dan emosi yang berlebihan. Lebih membimbangkan, hati yang kotor dan busuk pastinya mudah dihinggapi syaitan yang menghasut keraguan dan syak wasangka yang boleh membawa kepada kekufuran. Na’uzubillahi min zalik.
SABDA RASULULLAH S.A.W
"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu:
Hubbul dunia (kasihkan dunia) Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah) Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu:
Zuhud dengan dunia Zikrullah Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah.
0 coretan ilham:
Post a Comment