• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • Selawat Syifak dan Selawat tafrijiah.

    Dec 26, 2010
    syifak

    Menurut ilmu tatabahasa arab, gantinama akan kembali kepada nama yang disebut pada bahagian akhir ayat. Dalam kes selawat syifak, nama Nabi Muhamad saw telah disebut pada hujung ayat ……..sayyidina muhammadin.

    Lafaz ……Muhammadin berbaris dua bawah pada akhirnya dan lafaz ….tibbilqulub hingga ….wadhia iha berbaris bawah kesemuanya. Ini menjelaskan bahawa ….tibbi… sehingga ….wadhia iha… adalah sifat kepada Nabi Muhamad saw yang boleh mengelirukan pembacanya sehingga dia beriktikad bahawa nama Nabi Muhamad SAW mempunyai kuasa yang boleh menjadi penawar kepada hati-hati (kalbu-kalbu) dan juga penawar / penyembuh dan juga menjadikan badan sihat dan juga menyembuhkan penyakit-penyakit serta menjadi cahaya kepada penglihatan mata hati.

    Sedangkan kami ahlisunnahwaljamaah beriktikad bahawa Nabi SAW sudah wafat dan adalah mustahil baginda boleh kembali ke dunia dan memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan doa ini tanpa mengamalkan sunnahnya.


    Tafrijiah dari sudut bahasa arab membawa maksud menyelesaikan kesusahan.

    Ijmak dari semua ahlisunnah waljamaah bahawa sesiapa yang meninggal dunia maka sudah terputus hubungannya dengan dunia. Termasuklah semua rasul-rasul dan para nabi. Hanya mereka yang berpegang kepada ajaran yang sesat bernama BRILWI (banyak diamalkan di India dan Pakistan) yang beriktikad bahawa Nabi Muhamad SAW boleh kembali ke dunia ini pada bila-bila masa khususnya ketika diseru oleh manusia.

    Adalah sudah jelas bahawa Nabi Muhamad SAW seumur hidup baginda memperjuangkan kesucian akidah Islam yang mentauhidkan hanya Allah SWT.

    Berikut adalah pesanan Nabi yang terakhir sebelum baginda wafat mafhumnya: “Laknat Allah kepada orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur-kubur Nabi-Nabi mereka sebagai tempat untuk beribadah.” Riwayat dari Imam Muslim.

    Nabi SAW melarang kita semua mengikuti jejak orang Yahudi dan Nasrani.

    0 coretan ilham:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...