4 Bahan yang dapat menyucikan jiwa tersirat dalam Al-Quran
Empat jenis bahan yang dapat menyucikan jiwa yang dibawa secara hikmah dalam Al-Quran
Pertama : Solat yang diibaratkan sebagai air hujan.
Air hujan yang Allah SWT proses secara saintifik, berfungsi kepada bumi dan tumbuhan serta memenuhi lautan dan tasik sebagai kegunaan manusia dan lain-lain tumbuhan, adalah Lambang Rahmat Allah SWT.
Solat juga membawa erti kepada Cahaya.
Solat yang dimaksudkan kepada cahaya amatlah perlu kepada mereka yang menjalani hidup ini sebagai pelayar di lautan dan para musafir didaratan. Melalui cahaya solat, orang beriman boleh membentuk kehidupan harmoni dan membina keadilan dalam kehidupan, keluarga dan negara.
Kedua : Puasa yang ibarat sebagai pembersih.
Kerana hanya dengan puasa dapat menghalang perkara maksiat dan mengawal pergerakkan nafsu.
Melalui puasa, jiwa manusia akan tawadduk dan bersifat ihsan kepada sesama manusia.
Ketiga : Zakat yang di ibarat sebagai air susu.
Zakat fitrah mahu pun zakat harta merupakan satu kewajiban bagi seorang mukmin yang memiliki harta berlebihan. Haiwan yang Allah SWT cipta seperti lembu dan kambing sentiasa berjasa kepada manusia dengan mengeluarka susu untuk kegunaan manusia. Manusia yang tidak membayar zakat seoleh-olah lebih hina daripada lembu atau kambing yang menabur jasa kepada manusia.
Keempat adalah haji yang diibaratkan sebagai madu.
Islam mengibaratkan haji sebagai madu adalah kerana mukmin yang melakukan fardhu haji adalah mukmin yang telah berjaya membentuk dirinya dengan sempurna dan menaburkan kebaikan kepada orang lain serta alam disekitarnya. Madu sentiasa mengeluarkan rasa manis pada dirinya dan kepada orang yang meminumnya. Mereka yang minum madu akan menikmati kesihatan yang baik serta minda yang cerdas.
0 coretan ilham:
Post a Comment