• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • WANITA DAN AURATNYA

    Jan 8, 2011
    "Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah.

    Sebagai seorang saudara seIslam saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam. Artikel ini sebagai perkongsian bersama untuk mencari kebenaran tentang perkara yang hak dan perkara yang batil. Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

    Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

    Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.

    Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Kalau kite tengok muthakir ini, banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata. Disni sy bawakan bukti sebagai panduan kite semua firman Allah dalam surah An-Nur :31 mafhumnya

    "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman, supaya menahan sebahgian penglihatan, memelihara penghormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yg nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yg sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti muka dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya) dan tiada pemperlihatkan perhiasan (tubuhnya) kecuali kepada suaminya, bapanya, anak2 suaminya, saudara2nya, anak2 lelakinya, anak2 perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaanya, laki-laki yg menjalankan kewajipannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan2 - umpamanya pelayan2 lelaki yg sudah tua dan tiada lagi mempunyai pemgertian kepada aurat perempuan) dan kanak2 yg belum mempunyai pengertian kpd aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kaki supaya diketahui org perhiasanya yg tersembunyi (misalannya melangkah dgn cara yg menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak) .Dan bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.


    Dari keterangan ayat Al -Quran di atas, jelas kepada kita bahawa kewajipan menutup aurat merupakan tuntutan yg wajib keatas setiap muslimah bagi menjaga maruah golongan kaum hawa tersebut.


    Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan
    noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.



    Maka wahai saudari-saudari seagama (yang beriman) sebelum terlewat rebutlah peluang yg ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang : "esok tiada bagi mu" Gembirakanlah Allah dan RasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya kala kamu dirundang malang Allah dan RasulNya dapat mengembirakan kamu..

    0 coretan ilham:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...