• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • KEJAYAAAN DALAM HIDUP

    Mar 27, 2011

    Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini sentiasa memikirkan mengenai kekayaan, kemewahan, kebahagiaan dan tentunya kejayaan. Anda juga tidak terkecuali untuk memikirkannya. Usah menipu diri sendiri dengan mengatakan bahawa anda tidak pernah memikirkan tentang kekayaan, kemewahan, kebahagiaan serta kejayaan. Ini kerana ia menjadi lumrah kita semua sebagai manusia dahagakan semua ini.

    Malahan jika anda bertanyakan kepada anak-anak kecil, mereka pun berharap mereka ingin menikmati semua ini bila mereka dewasa nanti. Kereta besar, rumah besar, keluarga bahagia, hidup aman damai tanpa hutang dan menikmati hidup yang selesa merupakan impian semua orang. Namun begitu, mengapakah agaknya impian-impian anda ini tidak menjadi kenyataan malahan lebih teruk lagi anda hidup dalam kesempitan wang dan penuh penderitaan?

    Anda Merupakan Manusia Yang Sangat Rugi Jika Hidup
    Anda Diselubungi Kegelapan Dan Tidak Mampu
    Menikmati Segala Impian Anda!

    Ya benar! Anda merupakan antara orang-orang yang sangat rugi dan kasihan jika hidup anda penuh dengan kegagalan, kemiskinan serta kesempitan hidup. Ini kerana anda dilahirkan oleh ibu anda di muka bumi ini dengan penuh dengan kejayaan dan kini hidup anda penuh dengan kegagalan. Bukankah ini menunjukkan hidup anda penuh dengan kerugian serta sangat menyedihkan?

    Sabda Rasulullah SAW

    "Kemiskinan hampir-hampir membawa kepada kekufuran."

    Maksud Riwayat Abu Daud.

    Jika anda mengatakan hidup anda sempit kerana berasal dari keluarga yang miskin, percayalah ia bukanlah kerana keluarga tetapi pemikiran sempit anda sendiri. Jika anda mengatakan bahawa hidup anda dipenuhi dengan kegagalan, percayalah bahawa andalah merupakan punca yang menarik kegagalan tersebut dalam hidup anda sendiri. Percayalah bahawa anda tidak layak untuk mengalami kegagalan, kemiskinan dan kesempitan tetapi ANDA LAYAK mendapatkan kejayaan, kekayaan, kemewahan serta kebahagiaan hidup!

    Percayalah Bahawa Hakikatnya Semua Orang
    Dicipta Untuk Menikmati Kejayaan, Kekayaan,
    Kemewahan Hidup Serta Kemewahan!

    Cuba anda lihat sendiri orang-orang yang berjaya, adakah secara fizikalnya mereka amat berbeza dengan anda? Adakah mereka mempunyai dua otak untuk berfikiran lebih genius? Adakah mereka mempunyai 8 kaki dan tangan untuk membuat kerja lebih pantas dan mendapat duit lebih banyak? Adakah mereka mempunyai sayap untuk terbang ke puncak kejayaan?

    Semestinya Tidak! Mereka tidak mempunyai keistimewaan seperti itu dan ini bermakna mereka juga sama seperti anda mempunyai dua mata, dua kaki, dua tangan dan satu otak. Secara tidak langsung menunjukkan bahawa anda dan mereka tiada perbezaan langsung. Jika mereka boleh berjaya, anda juga boleh berjaya. Jika mereka boleh bahagia, anda juga boleh. Dan jika mereka boleh menjadi kaya dan hidup mewah, Ini bermakna anda juga boleh!

    Ingin Tahu Kunci Sebenar Menjadi
    Seorang Yang Sangat Berjaya?
    Kuncinya Adalah Minda Anda!

    Jika tadi dikatakan bahawa dari segi fizikal, anda sama sahaja dengan fizikal orang yang berjaya. Akan tetapi pernahkah anda mempersoalkan keadaan walaupun fizikal anda sama sahaja seperti mereka, anda sentiasa mengalami kegagalan, kemiskinan, penderitaan hidup serta kesempitan? Jika Ya, tahniah kerana bijak mengetahuinya! Ini kerana minda anda amat berbeza dengan minda mereka!

    Mengapakah anda sering gagal sedangkan mereka sering berjaya? Ini semua kerana minda anda sering bimbangkan mengenai kegagalan dan ragu dengan keupayaan diri sedangkan mereka tidak bimbang malahan yakin dengan keupayaan diri mereka. Mengapa anda sering kesempitan wang dan tidak bahagia sedangkan mereka semakin kaya dan sangat bahagia.

    Semuanya kerana minda anda! Kerana minda anda! Kerana Minda anda tidak sehebat minda mereka.

    Persoalannya Apakah Rahsia Sebenar Untuk Menjadikan
    Minda Sehebat Mereka Serta Dapat Menarik
    Kekayaan Dalam Kehidupan?

    Jika anda ingin bertanya kepada saya berkenaan dengan rahsia ini sebenarnya rahsia ini merupakan antara "Rahsia Tertinggi" dalam kehidupan. Ia telah diamalkan oleh ramai orang di luar negara dan ia amat berkesan untuk menjadikan minda anda lebih hebat sehebat orang yang berjaya serta dapat menarik kekayaan dalam hidup anda.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...