• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • MUTIARA KEINSAFAN

    May 23, 2011

    Allah berfirman yang bermaksud:

    “Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya kamu tidak akan dapat menembus bumi dan kamu tidak akan mencapai setinggi gunung.” (Surah al-Isra’, ayat 37)


    SAIDINA Abu Bakar al-Siddiq adalah seorang sahabat Rasulullah SAW yang amat penyedih. Apabila beliau membaca ayat Allah, air matanya tidak dapat dibendung. Hatinya begitu lembut, sensitif dan cepat tersentuh.

    Saidina Umar pula suka mengingatkan dirinya terhadap hari perhitungan. Ketakutan sentiasa menguasai hatinya. Wajahnya diguris bekas aliran tangisan yang terus-menerus mengalir mengingat hari perjumpaan dengan Allah kelak.

    Ketika dalam keadaan sakit tenat yang membawa kepada kematiannya, beliau berkata, kepada anaknya Abdullah bin Umar: “Letakkan pipiku di atas tanah.” Abdullah melarang dengan lembut sambil berkata: “Wahai ayah, bukankah itu akan membuatmu semakin sakit?” Umar berkata lagi: “Aku tidak peduli, letakkan aku di atas tanah, celakalah aku jika Tuhanku tidak merahmati aku!”

    Tangisan adalah ubat bagi hati yang keras. Ia mendatangkan cahaya dan membersih daripada kekotoran dosa, manakala berlebihan tertawa dan bersenda gurau membawa kepada kelalaian, mengeraskan hati dan mengeruhkan kesuciannya.

    Rasulullah SAW suatu ketika bertemu sahabat yang tertawa sambil bergurau. Baginda SAW bersabda maksudnya: “Jika kamu semua mengetahui seperti apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan banyak menangis dan sedikit tertawa.”

    Ada beberapa alasan mengapa orang beriman perlu menangisi dirinya:

    • Dia tidak tahu qada dan qadar atas dirinya.

    Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibu 40 hari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama 40 hari lagi, kemudian menjadi seketul daging selama 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan dituliskan empat kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalnya, celakanya atau bahagianya. Maka, demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang mengerjakan amal ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dengan syurga itu melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan amal ahli neraka maka masuklah ia ke dalamnya. Dan seseorang mengerjakan amal ahli neraka sehingga tidak ada jarak di antaranya dengan neraka kecuali sehasta. Kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu dia pun mengerjakan amalan ahli syurga maka masuklah dia ke dalamnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

    Siapakah yang boleh menjamin nama kita termasuk dalam senarai ahli syurga? Tidakkah hal itu petanda bahawa kita tidak berkuasa menolong diri sendiri? Letakkanlah diri kita sentiasa dalam keadaan cemas, takut dan harap kepada Allah. Caranya dengan banyak menangis dan memohon pertolongan-Nya.

    • Menangislah kerana ingat terhadap malam pertama di alam kubur.

    Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan?

    Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit.

    Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan.

    Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik?

    Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan, di kaki, di seluruh tubuh badan yang kaku dan pucat ini.

    Siapakah yang sanggup membela jika bukan amal salih di dunia. Mayat itu menangis di perut bumi, menyesal mengapa dulu ia tidak menangis ketika bersimpuh di atas bumi?

    • Menangis kerana ingatkan hari perhitungan.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang muflis di kalangan umatku ialah: Seseorang yang datang pada hari kiamat dengan pahala sembahyang, puasa dan zakat. Tetapi, dia pernah mencaci si polan, menuduh si polan, menumpah darah si polan dan memukul si polan. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi sehingga apabila habis pahalanya, sedangkan belum semua terbayar, maka akan diambil ganti dari dosa orang itu dan dibebankan kepadanya dan dia dicampakkan ke dalam neraka kerananya.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

    Ingatlah keaiban diri yang terlalu banyak untuk dihitung, jangan sibuk menyebut aib orang lain. Semua orang di sekeliling kita tidak dapat menolong kecuali amal ibadat yang dilakukan dengan keikhlasan.

    Bilakah saat dan ketika paling tepat untuk kita menangis supaya lembut hati yang keras oleh hawa nafsu yang dituruti? Pada tengah malam yang dingin, bangun dan berdiri tanpa diketahui oleh manusia yang asyik bermimpi, sujud dan doa yang panjang, bacaan al-Quran dan zikrullah juga istighfar.

    Amalan ini menjadi kebiasaan Rasulullah SAW dan sahabatnya serta menjadi ikutan orang salih yang mahukan ketenangan jiwa pada akhir zaman ini. Ubati kegelisahan, tekanan dan kesakitan jiwa dengan menangis, solat dan zikrullah.


    Allah berfirman yang bermaksud:

    “Apabila terjadi hari khiamat, tidak seorang pun dapat berdusta mengenai kejadiannya. Kejadian itu merendahkan satu golongan dan meninggikan golongan yang lain. Apabila bumi digoncang sedasyatnya dan gunung dihancur luluhkan sehancurnya, maka jadilah debu yang berterbangan.” (Sural al-Waqiah, ayat 1-6)


    Oh Tuhanku Yang Maha Esa
    Maha Penyayang Maha Pemurah
    Andainya malam yang begini
    Memberi pengertian untukku
    Mencari hidayahmu...

    Maka kutadahkan setulus
    Pengampunan dan pengharapan
    Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

    Cukup setakat ini... aku merasa
    Terasing terhukuman dalam sengsara
    Balasan dari kehancuran
    Yang aku ciptakan

    Dan kini ku mengerti
    Antara dosa pahala
    Yang mana lebih utama
    Dalam meniti hidupan dan hari kematian
    oh...

    KISAH CEMERLANG TAKWA & IMAN

    May 21, 2011


    “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah,Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” A-Talaq,2-3

    Kekuatan Takwa
    Sahabat Abdullah bin Masud menganggap ayat ini sebagai formula menyelesaikan masalah teragung di dalam Quran.Ia menunjukkan,mereka yang bertakwa akan diilhamkan Tuhan dengan petunjuk.Berpandukan petunjuk itu,mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.Lebih daripada itu,Takwa juga memurahkan rezeki mereka di dunia.

    Mengikut Ibn Abi Hatim, “Ayat ini diturunkan berkaitan dengan insiden Auf bin Malik ditawan oleh musuh.Ayahnya,Malik al-Asyja’ii,meminta nasihat nabi berhubung dengan perkara ini dan nabi menyuruh Malik memperbanyakkan zikir dengan kalimat lahaula wala quwwata illa billah.Tidak berapa lama selepas itu,Auf dapat melepaskan diri dan beliau terus kembali dengan membawa unta-unta musuh bersama-samanya .Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku dan berita ini terus disampaikan kepada nabi.Nabi juga turut bersyukur dan mengizinkan unta-unta itu dimanfaatkan, “Kisah ini menunjukkan,takwa barkait rapat dengan pertolongan Allah dan kemurahan rezeki.

    Apa itu Takwa?
    Sahabat Omar bin Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab berkenaan maksud Takwa.Ubai berkata, “Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?” Jawab Omar, “Ya pernah.” Ubai bertanya lagi, “Apakah yang kamu lakukan ketika itu?” Omar berkata, “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu).” Berkata Ubai, “Itulah takwa.” Daripada jawapan ini dapat disimpulkan,takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandaskan Quran dan sunah.

    Iman Sejahtera Sebagai Asas
    Iman sejahtera adalah iman yang berasaskan kepercayaan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.Ia adalah asas kepada takwa.Sehubungan dengan itu,Imam Ibn Hazm berkata, “Ahlu Sunnah Wal Jamaah ialah sahabat-sahabat nabi serta mereka yang mengikut manhaj serta landasan sahabat-shabat nabi dari kalangan tabiin,ahli hadis serta ulama fikah,dari generasi ke generasi hinggalah hari ini.
    Antara aspek penting dalam iman adalah beriman kepada Allah tanpa melakukan syirik.Syirik bemaksud menyekutukan sesuatu sesuatu dengan Allah.Ia terbahagi kepada dua iaitu syirik besar dan syirik kecil .Mereka yang melakukan syirik besar terkeluar daripada islam.Contohnya,golongan yang mengatakan Tuhan mempunyai anak dan Tuhan menjelma ke dalam diri makhluknya.Syirik kecil tidak menyebabkan individu itu terkeluar daripada Islam,namun ia menyebabkan individu itu berdosa kepada Tuhan.Kadangkala ia menyerang hati-hati manusia secara halus,sekali gus menghitamkan hati-hati itu tanpa disedari.Berhubung dengan ini,Alah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud, “Maka janganlah kamu mengadakan andada bagi Allah sedangkan kamu mengetahui.”

    Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim menyatakan pendapat Abdullah bin Abbas berhubung kalimat andada ini.Beliau berkata, “Andada bermaksud perbuatan syirik yang tersembunyi yang lebih halus daripada seekor semut hitam yang melata di atas sebuah batu hitam di malam yang kelam.Syirik ini berlaku apabila,sebagai contoh,seseorang berkata, ‘Demi Allah dan demi nyawaku.’ Ia juga berlaku apabila seseorang mengucapkan perkataan, ‘Jika tidaklah kerana anjing ini,pencuri itu pasti memasuki rumah kita semalam..’ dan sebagainya.” Inilah antara syirik kecil yang perlu dijauhi.

    Kejayaan Kesan daripada Takwa
    Khalifah Omar bin Abdul Aziz terkenal sebagai pemimpin yang bertakwa kepada lagi adil.Pemerintahannya memakan masa 30 bulan.Dalam jangka masa itu,kemiskinan berjaya dibenteras dan rakyat hidup dalam kemewahan.
    Berhubung dengan ini,Yahya bin said melaporkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengintip zakat di Afrika.Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiaannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk diberikan zakat namun golongan ini tidak ditemui.Sesungguhnya Khalifah Omar Abdul Aziz menjadikan kami manusia kaya raya.” Justeru,takwa mendatangkan kesenangan kepada individu bukan hanya di akhirat,malah di dunia juga.

    BELAJARLAH ISTILAH CINTA!!


    mari kita ambil sebuah contoh cinta membawa bencana yang jauh dari jalan Allah, iaitu kisah cinta yang mengelabui istri raja Aziz yang bernama Zulaikha kepada Nabi Yusuf. Kisah tersebut dijelaskan dalam firman Allah:

    “Dan wanita (Zulaikha) yang Yusuf tinggal di rumahnya menggoda Yusuf untuk menundukkan dirinya (kepadanya) dan dia menutup pintu-pintu, seraya berkata:
    ‘Marilah ke sini.’ Yusuf berkata: ‘Aku berlindung kepada Allah, sungguh tuanku telah memperlakukan aku dengan baik.’ Sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan beruntung. Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu andaikata dia tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba-hamba Kami yang terpilih.” (Q.S. Yûsuf : 23-24)

    Nabi Yusuf adalah seorang pemuda yang sangat bersih dan tampan. Oleh karena itulah, Raja Mesir Aziz saat itu menganjurkan kepada istrinya agar memperlakukannya dengan baik dan mulia, akan tetapi istri Aziz justru jatuh cinta kepada Nabi Yusuf karena ketampanan dan kecerdikannya. Itulah yang membuat istri raja Aziz lupa diri dan menggoda Nabi Yusuf sampai mengajak dan memaksanya berbuat mesum dengan menutup pintu-pintu di sekelilingnya berkata kepada Nabi Yusuf: “Marilah ke sini”, atau “marilah mendekatiku dan bergegaslah! Aku sudah siap untukmu”. Akan tetapi, Nabi Yusuf menghindar sekuat mungkin dari godaan tersebut seraya berkata: “Aku berlindung kepada Allah, aku mengadu kepada-Nya dan mencegah apa yang engkau inginkan. Dialah Allah yang melindungiku dari orang-orang jahil. Dan Aziz adalah tuan serta rajaku.



    Oleh karana itulah, aku tidak mau mengkhianati dan berbuat kejahatan kepada istrinya. Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang yang zalim, yang membalas kebaikan dengan kejahatan, atau tidak akan beruntung orang-orang yang zalim atas permintaan mereka, karana di antara mereka pengkhianat dan membalas suatu kebaikan dengan kenistaan.”

    Wahai pemuda-pemudi Islam!
    Kisah Zulaikha ini sebagai contoh wanita yang tidak setia serta berjalan mengikuti nafsu syahwatnya dan melampiaskannya bukan pada tempat yang diperbolehkan oleh Islam, sehingga membuat nama baiknya tercoreng. Dan, Allah mengekalkan kisahnya di dalam Al-Qur’an sebagai sebuah kisah pengkhianatan seorang istri. Kisah tersebut Allah jadikan sebagai perumpamaan yang selalu dibaca siang dan malam. Selaian itu, kisah ini juga menjadi sejarah kerOsakan keluarga, masyarakat sosial, dan politik.

    Adapun Nabi Yusuf menjadi suri teladan bagi pemuda Islam yang menjaga kehormatan dan takut kepada Allah, tidak redha dengan pengkhianatan, tidak dibutakan dengan nafsu syahwat, dan tidak tergoda dengan kecantikan, perhiasan dan kedudukan sosial politik seorang wanita. Bahkan, lebih baik baginya terkurung di dalam penjara daripada hidup dalam kemaksiatan dan kemurkaan Allah.

    Allah Berfirman:
    “Yusuf berkata: ‘Wahai Tuhanku, penjara lebih aku sukai daripada memenuhi ajakan mereka kepadaku. Dan jika tidak Engkau hindarkan dari padaku tipu daya mereka, tentu aku akan cenderung untuk (memenuhi keinginan mereka) dan tentulah aku termasuk orang-orang yang bodoh.’” (Q.S. Yûsuf : 33) >;<

    CEMERLANG DENGAN SABAR & SIKAP POSITIF

    May 14, 2011
    "Sesungguhnya Tuhan mengajar mereka yang
    bersabar dengan ganjaran yang banyak yang tidak
    dapat di hitung"

    Akhlak yang mulia melahirkan sikap positif. Antara sikap yg perlu kita miliki dalam kehidupan hari ini dalam era abad ke-21 terutamanya adalah bersabar dan cekal. Kesabaran dalam Islam mempunyai hubungkait dengan Tuhan. Umat Islam dididik untuk memahami kesabaran adalah sebahagian daripada Iman. Justeru itu, kesabaran mempunyai keuntungan dan kebaikan di sisi Tuhan. Apabila umat Islam bersabar semasa menerima musibah, mereka menyedari bahawa kesabaran itu adalah jambatan yang besar sedang menanti mereka.

    Nabi s.a.w bersabda : “Apabila seseorang mukmin diuji oleh Allah dengan sesuatu bencana pada tubuhnya, Allah Taala berfirman kepada Malaikat penulis amalnya: “Tulislah juga untuknya amal-amal soleh yang biasa ia lakukan;” kemudian jika Tuhan hilangkan bencana yang menimpanya itu, Tuhan jadikan ia hidup berkeadaan baharu – bersih suci dari dosanya; dan jika Tuhan mengambil nyawanya, diberikannya keampunan serta dikurniakan rahmat kepadanya”. (Anas r.a)

    Setiap manusia hendaklah menerima segala ujian Allah dengan hati yang tabah, sabar dan redha kerana sikap yang demikian akan membawa kebaikan pada dirinya. Jika ia membiasakan dirinya dengan amalan yang baik semasa ia sihat atau senang kemudian tidak dapat melakukannya disebabkan kesakitan atau kemalangan yang menimpanya, maka Allah memerintahkan malaikat amal mencatat amalan yang baik yang tidak dapat dikerjakannya itu.

    Dalam surah al-Baqarah ayat 155, Tuhan menjanjikan "Berikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar" Ini berlaksud kesabaran ada khabar gembira dan ada keuntungannya. Jaminan seperti ini sudah pasti melahirkan optimisma di hati ornag yang diuji. Optimisma ini melahirkan usaha dan amal. Semua ini dilakukan dengan ketabahan dan kecekalan. Justeru, dalam Islam tidak dapat dipisahkan daripada optimisma dan sikap positif. Semua ini lahir kerana keimanan dan keyakinan kepada Tuhan.

    Al-Quran menceriatakan berkenaan Nabi Yusuf yang sabar semasa diuji untuk melakukan maksiat. Pada suatu masa, Zulaikha menggoda beliau. Tetapi Nabi Yusuf berjaya melarikan diri daripadanya. Walaubgaimanapun, Zulaikha mengejar beliau dan menarik bajunya sehingga koyak. Akhirnya, mereka terserempak dengan suami Zulaikha. Pada masa itu, Nabi Yusuf di fitnah dan kemudiannya dipenjarakan walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah. kisah ini kita semua mengetahiunya. Tuhan merakamkan didalam surah Yusuf ayat 26 hingga 28, sahabat yang budiman boleh membacanya.






    POKOK TANPA BUAH..!!

    May 13, 2011

    "AMAL TANPA ILMU SEUMPAMA POKK TANPA BUAH"

    Tanpa dirancang, saya 'tertengok' drama bertajuk 'Hidayah' di TV3 tidak lama dulu. Kisahnya mengenai keperitan hidup seorang gadis Cina memeluk Islam dan kemudian berkahwin dengan seorang pemuda Melayu.

    Apa yang hendak diutarakan di sini ialah kelemahan (mungkin tidak disedari) oleh penulis skrip atau pengarah yang terlepas pandang perkara-perkara yang boleh menjejaskan akidah seseorang pelakon.

    Misalnya dalam adegan ibu pemuda Melayu menentang anaknya yang mahu mengahwini gadis Cina itu, beliau antara lain berkata: "Apa aku peduli, dia masuk Islam ke, cium Islam ke..." manakala dalam satu dialog ketika si ibu mengatur rancangan untuk menggagalkan ikatan perkahwinan si anak, dia berkata: "Aku jamin besok semua beres."

    Perkataan 'jamin' menunjukkan kejahilan wanita itu, kerana tiada siapa yang dapat menjamin apa yang berlaku esok, hatta sesaat, seminit atau sejam selepas ini.

    Mungkinkah penulis skrip sengaja mahu menunjukkan kejahilan watak atau mungkinkah beliau tidak sedar dialog yang direkanya, boleh memberi kesan amat negatif kepada penonton?

    Kekhuatiran kita adalah berpaksi kepada pengakuan seorang artis yang ditangkap dalam serbuan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke atas sebuah pub di Jalan Ampang tidak lama dulu.

    Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata: "Itu dosa saya dengan Tuhan bukan dengan Jawi." Kes serbuan Jawi ini mendapat reaksi panas daripada orang Islam dan bukan Islam yang sebahagian besar daripada mereka bercakap dan menulis berdasarkan logik akal.

    Kita tidak terperanjat dengan pendapat orang bukan Islam yang disiarkan dalam ruangan surat pembaca akhbar bahasa Inggeris dan akhbar 'online' tetapi kita tersangat sedih dengan pandangan orang Islam mengenai agama mereka sendiri.

    Apabila seseorang Islam itu mengemukakan pendapatnya dengan memulakan ayat seperti: "As a Muslim" (Sebagai seorang Islam) beliau telah 'mengheret' bersamanya nama baik Islam, tetapi apabila dalam kupasan selanjutnya, beliau menghentam Islam, ia seolah-olah mendedahkan kedangkalan beliau terhadap Islam itu sendiri.

    Mengaku seorang Muslim perlu kepada pembuktian. Mengucapkan sesuatu di bibir adalah mudah, tetapi untuk merasakan kemanisannya di hati amatlah payah.

    Semuanya memerlukan ilmu, tanpa ilmu segala-galanya tertolak. Dan jika sudah memiliki sedikit sebanyak ilmu, ia perlu diamalkan. Ini kerana ilmu tanpa amal, adalah ibarat pokok rendang yang tidak berbuah.

    Menjadi kewajipan orang berilmu untuk membimbing mereka yang tidak berilmu. Menjadi kewajipan pula bagi yang tidak berilmu untuk mencari ilmu, tidak kira di mana saja, hatta ke negara China. Juga menjadi kewajipan orang yang tahu, memberitahu orang yang tidak tahu.

    Dalam kes pertama tadi, adalah penting untuk karyawan (penulis skrip, pengarah filem dan sebagainya) memiliki kefahaman agama. Jika kefahamanan agama sudah ada, sudah tentu golongan ini akan tahu batas halal haram dan takut untuk melakukan apa-apa yang bertentangan dengan kehendak Yang Maha Kuasa.

    Selain karyawan filem, golongan lain juga mempunyai tanggungjawab masing-masing. Golongan penulis dan wartawan, berperanan untuk menyatakan kebenaran dan tidak menyorokkan perkara batil.

    Dalam kes terbaru membabitkan jabatan agama yang menunjukkan betapa Islam dan umatnya semakin dimomokkan, adalah menjadi tanggungjawab penulis Islam untuk menangkis serangan menggila terhadap agama suci ini.

    Jika penulis yang mempunyai kefahaman Islam tidak 'terjun ke gelanggang' menjelaskan fitnah beracun yang dilemparkan, amat malang sekali kerana hampir tiada lagi pihak yang berani menegakkan kebenaran.

    Kepada tok-tok guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah, marilah kita bersama-sama 'turun gelanggang', menyatakan mana yang hak dan mana yang batil.

    Selain daripada di mimbar-mimbar masjid, marilah sama-sama kita turun gelanggang, menggunakan ilmu yang ada bagi menegakkan yang makruf dan menentang kemungkaran.

    Sesetengah pengkritik berkata, ucapan berapi-api di masjid hanya didengari oleh orang yang sudah dekat hatinya dengan rumah Allah itu, sedangkan di luar sana (mungkin di pusat dangdut, kelab malam, pub dan 'sewaktu dengannya'), insan yang leka itu perlu dikembalikan hatinya untuk mengenal Allah.

    Seorang pendakwah yang membuka gelanggang di lorong belakang mati Chow Kit (melarang anak-anak muda daripada melanggani pelacur), insya-Allah akan lebih berkesan dakwahnya daripada seorang ustaz yang bercakap berapi-api di masjid yang dingin ber'air-cond'.

    Dengan beramal demikian, insya-Allah ilmu yang dimiliki sudah digunakan pada jalan yang diredai-Nya, sekali gus tidak tergolong dalam 'pokok rendang (rimbun) tanpa buah'.

    ANAK SOLEH

    Pada suatu ketika ada tiga orang pemuda yang tengah bepergian. Ditengah perjalanan mereka terpaksa bermalam didalam sebuah gua. Tiba–tiba dengan tidak terduga sebuah batu besar jatuh dari atas bukit hingga menutup pintu gua itu, sehingga ketiga pemuda tadi terkurung didalamnya. Ditolaknya batu besar itu dengan sekuat tenaga tetapi batu tersebut tidak bergerak sama sekali.

    Berkatalah salah seorang pemuda itu kepada temannya, “Sungguh tiada sesuatu yang dapat menyelamatkan kita dari bahaya ini kecuali jika kita tawasul kepada Allah tentang amal sholeh yang pernah kita lakukan. Sehingga mudah–mudahan batu besar ini dapat digeserkan.”

    Berkatalah pemuda yang pertama, “Ya Allah, dahulu saya mempunyai ayah dan ibu yang sudah tua. Saya biasa memberi minum susu pada beliau berdua sebelum aku memberinya pada orang lain. Hingga pada suatu ketika agak kejauhan bagiku menggembala ternakkan Aku tidak kembali kepada kedua orang tuaku hingga malam hari nya dan keduanya kudapati telah tertidur. Maka akupun segera memerah susu untuk keduanya. Saya tunggui tidurnya, tetapi beliau nyenyak istirahatnya, sehingga aku segan membangunkannya. Sementara sayapun tidak memberikan minuman susu itu kepada siapapun sebelum kepada beliau berdua. Padahal semalam itu juga anak–anakku sedang menangis minta susu tadi. Ya Allah, jika baktiku kepada kedua orang tuaku itu mendapatka redloMu maka lapangkanlah keadaan kami ini.“ Maka ditolaknya batu besar itu dan bergerak sedikit, mereka belum dapat keluar lagi.

    Berkatalah pemuda yang kedua, “Ya Allah dahulu saya punya awek yang amat cantik. Saya selalu merayu dan ingin berzina denganya, tetapi ia selalu menolak dengan keras. Hingga suatu saat keluarganya jatuh sakit Aku sanggup menolong kesusahan itu, asal ia mau menyerahkan dirinya kepadaku pada malam harinya. Maka ketika saya telah berada diantara dua kakinya (untuk melakukan berzina ), tiba–tiba ia berkata, “Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kau pecahkan selaput daraku ini kecuali dengan halal.” Aku terhenyak bangun dari padanya, dan aku tetap rela membantu kesusahannya itu. Ya, Allah jika perbuatanku itu mendapatkan redloMu maka hindarkanlah kami dari kemalangan ini.” Maka ditolaknya batu besar itu dan bergerak sedikit, tetapi belum cukup untuk keluar dari pintu gua itu.

    Maka berkatalah pemuda yang ketiga, “Saya dulu seorang pengusaha yang banyak sekali buruh dan pegawai. Saya selalu tepat membayar upah buruhku. Hingga pada suatu saat ketika saya membayarkan upah buruh, ada seorang buruh yang tidak hadir karana ada kepentingan lain. Ia belum menerima upahnya. Maka upah buruh tadi saya kembangkan hingga bertambah–tambah, berlipat–lipat ganda. Pada suatu ketika datanglah kepadaku si buruh tadi menanyakan akan upahnya yang belum dibayarkan olehku. Aku katakan kepadanya bahwa harta kekayaan yang ada di depannya yang berupa unta, lembu, kambing itu miliknya. Upahmu dulu aku kembangkan hingga menjadi kekayaan itu, maka ambilah semuanya. Ya, Allah jika perbuatanku itu mendapatkan redhoMu maka hindarkanlah kami dari kesempitan ini.” Maka ditolaknya batu besar itu dan bergerak, sehingga cukup untuk mereka keluar dari pintu gua itu dan keluarlah ketiganya dengan selamat.

    Dari itu dapat diambil hikmah betapa besarnya faedah melakukan amal dengan tulus ikhlas, berbakti kepada kedua orang tua, mengalahkan godaan hawa nafsu dan kerakusan terhadap harta (upah buruh).

    Allah berfirman dalam Al Qur’an surat Al Israa', 80 :
    “Ya Tuhanku , Masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) aku secara keluar yang benar. Dan berilah kepadaku dari sisiMu kekuasaan yang menolong“

    BAKAL ISTERI SOLEHAH

    May 11, 2011



    OLEH:
    MOHD FIKRI ISMAIL
    www.fikrillah.blogdpot.com

    "Yang paling kukuh keimanan ialah berkawan kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah." (Hadis Riwayat Tabarani dari Ibnu Abbas r.a)
    Memang kebanyakan lelaki akan tertarik pada kecantikan seseorang wanita itu. Namun, walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini.

    "Barangsiapa yang diberi Allah seorang isteri yang solehah, sesungguhnya telah ditolong separuh agamanya. Dan hendaklah bertaqwa kepada Allah separuh lainnya."(Hadis Riwayat Baihaqi)

    Berikut adalah panduan-panduan kepada gentleman untuk memilih calon isteri.(sumber dari iluvislam)


    Elakkan Dari Berkawan Dengannya
    Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:


    ‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara. (Bidalan ltali).



    Lakukan Risikan Secara Rahsia
    Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.


    Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.



    Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

    Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.



    Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
    Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan. Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.


    Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. - Bidalan Cina


    Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
    Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.



    Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
    Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.


    Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. - Bidalan Jerman


    Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

    Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.



    Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
    Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.


    Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.


    Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


    Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
    Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.


    Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. - Bidalan Serbia


    Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
    Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.


    Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!




    Bertunang Jangan Lama
    Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.


    Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.


    Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. - Bidalan Itali


    Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
    Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.


    Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.


    Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


    Elakkan Dari Terlalu Cemburu
    Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.



    Layan Dia Dengan Baik
    Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.


    Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


    Bertanggungjawab
    Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.



    FIQ lelaki. huu! Hehe..Takdelah. Semua kena baca. Amat bermanfaat jika kaum wanita membacanya juga.
    Dah 23 tahun FIQ dilahirkan dan hidup di dunia ini. Rasanya dah cukup matang untuk FIQ mula memikirkan perkara-perkara yang advance seperti ini. (tersenyum sorang-sorang masa tengah menaip coretan ni). huhu...

    BILA NK BINA MASJID??

    May 2, 2011

    Mungkin anda pernah diajukan soalan , “kenapa masih belum berumahtangga lagi?” Jawapan yang lazim diberi adalah, “Tidak ada jodoh lagi..” Mungkin selepas ini anda akan mempunyai jawapan yang lebih sesuai ..

    Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah takdir Allah s.w.t. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Al-Hadid ayat 22, “Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna.”

    Di dalam kitab Fathul Bari, Al-Hafiz Ibnu Hajar mencerita bahwa seorang ulama sunni pernah berkata, “Jika Dia menghalangimu atas apa yang menjadi hakmu, beerti Dia telah menzalimimu; tetapi jika Dia menghalangi kerana sesuatu yang ada padaNya, maka sesungguhnya Dia memberikan rahmatNya kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya.”

    Jodoh kita telah pun ditentukan oleh tuhan. Apabila tuhan menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan “sesuatu yang terbaik”, kerana tuhan Maha Mengetahui. Apabila tuhan telah memutuskan “sesuatu yang terbaik” kepada makhlukNya, bermakna tuhan sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

    Mungkin selepas ini, ketika disoal oleh kaum keluarga dan sahabat-handai, “kenapa masih belum berumahtangga lagi?”, jawapan yang sesuai adalah, “semua ini adalah rahmat Allah.”

    SAYAP KIRI LELAKI...!!

    Mungkin anda pernah mendengar ungkapan lain yang seumpamanya, "kejayaan seorang suami adalah kerana isteri yang menyokong dari belakang .." .. dan lain-lain-lain ... yang mengaitkan kejayaan seorang lelaki dengan wanita yang menyokongnya.

    Benarkah ini? Mungkin ia benar, mungkin tidak.

    Namun dalam konteks sirah nabi, Rasulullah pernah bersabda, "Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya. Dia menolongku di saat orang-orang mengusirku. Dia mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku." Kata-kata itu adalah pujian baginda kepada Khadijah. (maksud hadith)

    Khadijah menyokong beliau di awal perkembangan Islam.

    Persoalannya kedua, ungkapan di atas tu ditujukan kepada siapa ek?

    Kepada si lelaki (atau suami atau anak lelaki) supaya jangan lupa jasa wanita ( atau isteri atau ibu) ?

    Atau kepada si wanita (atau isteri atau ibu) untuk memberi sokongan kepada lelaki (atau suami atau anak lelaki) sehingga berjaya?

    Pernah terfikir ?

    KHASIAT AL-WAQIAH

    Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
    Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
    Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
    Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
    Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
    • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
    • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
    • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
    • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
    • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
    • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
    Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
    • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
    • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
    • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
    Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...