• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • 5 Langkah untuk mencapai Musyahadah dan Muqarabah Allah SWT

    Jan 14, 2011

    “Al-Jawahir Al-Sufiyyah” karya al faqir biLlah al-marhum Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari (Tuan Husin Kedah) mengenai hal ini.

    “Seseorang itu tidak dapat memahami perkara yang payah seperti Musyahadah dan Muraqabah kepada Allah Ta’ala itu atau seperti tuntutan mengenal Allah Ta’ala itu dengan pengenalan yang sempurna atau tuntutan berkekalan khidmat dan ibadah kepada Allah Ta’ala melainkan dengan lima perkara :

    1. Meninggalkan keinginan dan kasih kepada dunia, ertinya tidak kasih kepada tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.

    2. Meninggalkan daripada perkara-perkara yang disukai oleh hawa nafsu, iaitu tiap-tiap sesuatu yang lain daripada Allah Ta’ala.

    3. Seseorang itu hendaklah berkekalan dengan zikrullah, ertinya sentiasa ingat kepada Allah Ta’ala dengan hatinya dan sentiasa disebut dengan lidahnya

    4. Seseorang itu hendaklah bersegera bertaubat pada tiap-tiap kali ia melakukan dosa

    5. Meninggalkan tindakan angan-angan, sekalipun bagi pekerjaan atau urusan yang berkaitan dengan akhirat.

    4 Bahan yang dapat menyucikan jiwa tersirat dalam Al-Quran

    Empat jenis bahan yang dapat menyucikan jiwa yang dibawa secara hikmah dalam Al-Quran


    Pertama : Solat yang diibaratkan sebagai air hujan.

    Air hujan yang Allah SWT proses secara saintifik, berfungsi kepada bumi dan tumbuhan serta memenuhi lautan dan tasik sebagai kegunaan manusia dan lain-lain tumbuhan, adalah Lambang Rahmat Allah SWT.

    Solat juga membawa erti kepada Cahaya.

    Solat yang dimaksudkan kepada cahaya amatlah perlu kepada mereka yang menjalani hidup ini sebagai pelayar di lautan dan para musafir didaratan. Melalui cahaya solat, orang beriman boleh membentuk kehidupan harmoni dan membina keadilan dalam kehidupan, keluarga dan negara.


    Kedua : Puasa yang ibarat sebagai pembersih.

    Kerana hanya dengan puasa dapat menghalang perkara maksiat dan mengawal pergerakkan nafsu.

    Melalui puasa, jiwa manusia akan tawadduk dan bersifat ihsan kepada sesama manusia.

    Ketiga : Zakat yang di ibarat sebagai air susu.

    Zakat fitrah mahu pun zakat harta merupakan satu kewajiban bagi seorang mukmin yang memiliki harta berlebihan. Haiwan yang Allah SWT cipta seperti lembu dan kambing sentiasa berjasa kepada manusia dengan mengeluarka susu untuk kegunaan manusia. Manusia yang tidak membayar zakat seoleh-olah lebih hina daripada lembu atau kambing yang menabur jasa kepada manusia.


    Keempat adalah haji yang diibaratkan sebagai madu.

    Islam mengibaratkan haji sebagai madu adalah kerana mukmin yang melakukan fardhu haji adalah mukmin yang telah berjaya membentuk dirinya dengan sempurna dan menaburkan kebaikan kepada orang lain serta alam disekitarnya. Madu sentiasa mengeluarkan rasa manis pada dirinya dan kepada orang yang meminumnya. Mereka yang minum madu akan menikmati kesihatan yang baik serta minda yang cerdas.

    8 Langkah Supaya Allah SWT Mencintai Kita


    Alangkah bahagianya hidup ini jika kita disayangi dan dicintai, apatah lagi jika yang menyayangi dan mencintai kita itu adalah Tuhan yang menciptakan kita, Raja segala Raja. Pastinya Allah akan sentiasa dekat dengan hamba yang menjadi kekasihNya dan sentiasa menolong dan membimbingnya ke arah keselamatan dan kebahagiaan, di dunia dan di akhirat.
    Sebenarnya petua-petua untuk disayangi dan dicintai Allah ada di dalam al Quran.
    “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang mensucikan diri.”
    [al Baqarah:222]

    Katakanlah: “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
    [ali Imran:31]

    “Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.”
    [ali Imran :146]

    “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertawakkal kepadaNya.”
    [ali Imran: 159]

    “Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
    [al Maidah: 93]

    “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang bertakwa.”
    [at Taubah:7]

    “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil.”
    [al Mumtahanah:8]

    Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berperang dijalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” [as Saff :4]

    Daripada ayat-ayat al Quran di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa untuk menjadi hamba Allah yang dicintaiNya, kita haruslah:

    1. Sentiasa bertaubat dan mensucikan diri (zahir dan batin).

    2. Sentiasa melakukan segala apa yang diperintahNya (melalui RasulNya) dan meninggalkan segala laranganNya.

    3. Sentiasa bersabar.

    4. Sentiasa bertawakkal.

    5. Sentiasa berbuat kebajikan.

    6. Bertaqwa.

    7. Sentiasa berlaku adil.

    8. Berjuang di jalan Allah dalam satu barisan.

    Sesungguhnya cinta Allah itu tiada tandingan.
    Ya Allah, kami mencintaiMu…

    SIFAT RASULULLAH S.A.W.

    Jan 8, 2011
    Begitu indahnya sifat fizikal Baginda saw, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda saw lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda s.a.w

    Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

    - Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

    - Aku melihat cahaya dari lidahnya..

    - Seandainya kamu melihat Baginda,seolah-olah kamu melihat matahari terbit

    - Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

    - Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

    - Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

    - Apabila Rasulullah berasa gembira,wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

    - Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

    - Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

    - Wajahnya seperti bulan purnama.

    - Dahi baginda luas,raut kening tebal,terpisah ditengahnya.

    - Urat darah kelihatan diantara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

    - Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

    - Garis-garis merah di bahagian putih mata,luas kelopaknya,kebiruan asli di bahagian sudut.

    WANITA DAN AURATNYA

    "Salam perjuangan kepada semua muslimin dan muslimat, saya doakan kepada anda semoga mendapat nikmat kesihatan dari Allah untuk anda meneruskan kehidupan di dunia ini dengan keluarga tersayang. Apa-apapun kehidupan di dunia ini adalah untuk memperolehi kebahagiaan yang dituntut oleh Islam iaitu kebahagian di dunia dan di akhirat. Tergerak hati saya untuk menulis satu artikel berkaitan dengan pakaian wanita yang sekarang ini semakin bergaya dengan fesyen yang dinamakan busana muslimah.

    Sebagai seorang saudara seIslam saya wajib menyampaikan perkara yang hak untuk kebaikan semua umat Islam. Artikel ini sebagai perkongsian bersama untuk mencari kebenaran tentang perkara yang hak dan perkara yang batil. Islam telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

    Saya hairan kadang-kadang ada wanita yang bergelar ustazah yang berpakaian tidak mengikut syarak Islam. Bagaimana dia hendak menyampaikan seruan Islam kepada umum sedangkan dia juga berpakaian tidak ikut syarak. Sejak kebelakangan ini, pakaian menurut Islam dipesongkan dengan berbagai fesyen yang dapat menarik penglihatan lelaki terhadap pakaian yang dinamakan busana muslimah. Islam bukan menghalang berfesyen tetapi wajib mematuhi garisan yang telah ditetapkan Islam. Sepertimana firman Allah : “sesungguhnya Allah suka kepada perkara yang cantik dan kemas”.

    Ada setengah wanita Islam hanya meletakkan auratnya kepala dan rambutnya sahaja, contohnya kepala bertudung tetapi lengannya terbuka (pakai baju tangan pendek). Ada pula kain tebelah sehingga menampakkan kakinya, tetapi kepalanya bertudung. Ada yang bertudung Wahida atau Wardina tetapi dihiaskan dengan keronsang-keronsang yang berkilau serta berbaju kilat sehingga dapat menarik pandangan orang lain. Di kampung, ramai wanita keluar dari rumah untuk menjemur pakaian atau sapu sampah dikawasan rumahnya hanya bertudung atau diletakkan sehelai kain dikepalanya dan kakinya tidak berstokin.

    Bagi wanita yang menjaga auratnya dengan berpakaian mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Islam, maka ia telah menjaga dirinya dari fitnah pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Percayalah dengan pakaian yang sempurna dapat menghindarkan dirinya dari perbuatan jahat, perbuatan keji dan mungkar. Wanita perlu ambil berat masalah ini, kerana takut diri mereka menjadi mangsa kepada kejahatan yang tidak diingini. Kalau kite tengok muthakir ini, banyak kes-kes pencabulan, rogol dan sebagainya adalah disebabkan wanita berpakaian yang menarik dan menjolok mata. Disni sy bawakan bukti sebagai panduan kite semua firman Allah dalam surah An-Nur :31 mafhumnya

    "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yg beriman, supaya menahan sebahgian penglihatan, memelihara penghormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yg nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yg sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti muka dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya) dan tiada pemperlihatkan perhiasan (tubuhnya) kecuali kepada suaminya, bapanya, anak2 suaminya, saudara2nya, anak2 lelakinya, anak2 perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaanya, laki-laki yg menjalankan kewajipannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan2 - umpamanya pelayan2 lelaki yg sudah tua dan tiada lagi mempunyai pemgertian kepada aurat perempuan) dan kanak2 yg belum mempunyai pengertian kpd aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kaki supaya diketahui org perhiasanya yg tersembunyi (misalannya melangkah dgn cara yg menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak) .Dan bertaubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.


    Dari keterangan ayat Al -Quran di atas, jelas kepada kita bahawa kewajipan menutup aurat merupakan tuntutan yg wajib keatas setiap muslimah bagi menjaga maruah golongan kaum hawa tersebut.


    Berfesyenlah seperti yang dikehendaki oleh Islam, jangan gadaikan diri anda kelembah dosa dan
    noda disebabkan fesyen yang tidak mengikuti syariat Islam. Jadilah wanita yang solehah (wanita muslimah) dengan berpakian dan berakhlak mulia. Sesungguhnya anda akan dipelihara oleh Allah sepertimana serikandi Islam iaitu Saidatina Aisyah, Saidatina Khadijah, Maryam ibu Nabi Isa, Rabiatul Adawiyah.



    Maka wahai saudari-saudari seagama (yang beriman) sebelum terlewat rebutlah peluang yg ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang : "esok tiada bagi mu" Gembirakanlah Allah dan RasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya kala kamu dirundang malang Allah dan RasulNya dapat mengembirakan kamu..

    MEMANG SEPERTI ITULAH DAKWAH..!!

    Dakwah adalah cinta. Dan cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

    Sampai fikiranmu. Sampai perhatianmu. Berjalan, duduk, dan tidurmu.. Bahkan di tengah lelapmu, isi mimpimu pun tentang dakwah. Tentang umat yg kau cintai..

    Lagi-lagi memang seperti itu. Dakwah. Menyedut saripati energimu. Sampai tulang belulangmu. Sampai daging terakhir yg melekat di tubuh rentamu. Tubuh yg luluh lantak diseret-seret. . Tubuh yang hancur lebur dipaksa berlari.. Seperti itu pula kejadiannya pada rambut Rasulullah. Beliau memang akan tua juga. Tapi kepalanya beruban karana beban berat dari ayat yg diturunkan Allah.

    Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz. Dia memimpin hanya sebentar. Tapi kaum muslimin sudah dibuat bingung. Tidak ada lagi orang miskin yg ingin diberi sedekah. Tubuh mulia itu terkoyak-koyak. Sulit membayangkan sekeras apa sang Khalifah bekerja. Tubuh yang segar bugar itu sampai rontok/ sakit. Hanya dalam 2 tahun ia sakit parah kemudian meninggal. memang itu yang diharapkannya; mati sebagai jiwa yang tenang.

    Dan di akhirat kelak, mungkin tubuh Umar bin Khathab juga terlihat tercabik-cabik. Kepalanya sampai botak. Umar yang perkasa pun akhirnya membawa tongkat ke mana-mana. Kurang bagus? Akhirnya diperjelas dengan salah satu luka paling ngeri sepanjang sejarah; luka ditikamnya seorang Khalifah yang sholih, yang sedang bermesra-mesraan dengan Tuhannya saat solat.

    Dakwah bukannya tidak melelahkan. Bukannya tidak membosankan. Dakwah bukannya tidak menyakitkan. Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kekufuran. Tidak… Justeru kelelahan/kepenatan, rasa sakit itu selalu bersama mereka sepanjang hidupnya. Setiap hari.

    Satu kisah , akan segera mereka sambung lagi dengan amalan yang jauh lebih “tragis”. Justru karana rasa sakit itu selalu mereka rasakan, selalu menemani… justru karana rasa sakit itu selalu mengintai ke mana pun mereka pergi… akhirnya menjadi adaptasi. Kalau iman dan godaan rasa lelah selalu bertempur, pada akhirnya salah satunya harus mengalah. Dan rasa lelah itu sendiri yang akhirnya lelah untuk mencekik iman. Lalu terus berkobar dalam dada. Begitu pula rasa sakit. Hingga luka tak kau rasa lagi sebagai luka. Hingga “hasrat untuk mengeluh” tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan jihad yang begitu cantik.

    Begitupun Umar. Saat Rasulullah wafat, ia histeris. Saat Abu Bakar wafat, ia tidak lagi mengamuk. Bukannya tidak cinta pada abu Bakar. Tapi sakit seringnya “ditinggalkan” , hal itu sudah menjadi kewajaran. Dan menjadi semacam tonik bagi iman..

    Karana itu kamu tahu. Pejuang yg heboh ria mempamerkan amalnya . Yg takjub pada rasa sakit dan pengorbanannya juga begitu. Karena mereka jarang disakiti di jalan Allah. Karena tidak setiap saat mereka memproduksi karya-karya besar. Maka sekalinya hal itu mereka kerjakan, sekalinya hal itu mereka rasakan, mereka merasa menjadi orang besar. Dan mereka justru itu memohon dan target doa para mujahid sejati, “ya Allah, berilah dia petunjuk… sungguh Engkau Maha Pengasih lagi maha Penyayang… “

    Maka satu lagi seorang pejuang tubuhnya luluh lantak. Jasadnya dikoyak beban dakwah. Tapi iman di hatinya memancarkan cinta… Mengajak kita untuk terus berlari…

    “Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu. Teruslah bertahan, hingga makan itu futur menyertaimu. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu.”

    Memang seperti itulah dakwah.

    BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK

    WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
    LELAKI: Kamu!!!
    WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
    LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

    Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

    Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

    Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

    LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

    Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

    LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

    Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

    LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

    Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

    LELAKI: Apa khabar?
    WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
    LELAKI: Belum.
    WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
    kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
    nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

    WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

    Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

    * Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
    terlambat...*

    *Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan *

    *menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

    *Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? * - ((Tmn2Syurga))



    Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

    JEJAK PERJALANAN SAINS DALAM DUNIA ISLAM

    Jan 3, 2011
    Tranformasi peradaban menyentuh bangsa Arab. Para sejarawan mencatat terjadinya perubahan besar berupa pencapaian luaq biasa di bidang sains dan teknologi. Pada awaknya, tak yang bersentuhan dengan ilmu pengetahuan. Kedatangan Islam mengantarkan mereka pada beragama literatur. Istilah ilmu atau ilmu yg terdapat dalam kitab suci dan hadis, mendorong geliat tradisi keilmuan. Mereka menyerap ilmu pengetahuan dari beragana sumber. Pedagang dan penjajah Muslim berperanan besaq dalam memajukan perubahan di kalangan masyarakat Arab Muslim pada awalnya.

    Mereka berasal dari Makkah, Madinah dan Yaman. Setelah mengadakan perjalanan melintasi gurun pasir, mereka mencapai Mesir, Mesopotamia, dan Suriah yg dikenali sebagai pusat peradaban kuno.Dari wilayah2 itulah, maka berbagai pemikiran ilmiah maupun teknik instrumen lawas yg dibawa dan diperkenalkan ke jazirah Arab.

    Disaat yg bersamaan, maka muncul kelompok baru di kalangan masyarakat Muslim, iaitu kalangan terpelajar yg terdiri dari ulamak, filsuf, dan cendiakawan. Para tokoh ini sangat tertarik dengan kenggulan peradaban kuno.........


    KERUGIAN MENOLAK PERKAHWINAN

    Jan 2, 2011
    BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT...!!

    Sepertimana yang diberitakan kpd kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini t'dapat segolongan wanita yang mnolak perkahwinan. Antaranya alasan mereka adalah memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Apabila sudah berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja2 mengurus rumahtangga dan anak2.

    Justeru ramai yang lebih rela jadi andartu walaupan pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pd jiwa. Ada juga yg tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ad yg tidak sempat memikirkan perkahwinan krn terlalu sibuk dengan tugas2 dan karier kerjanya masing2.

    Sebelum ini sy ad mmberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini akan dedahkan pula tentang kerugian tidak mahu berkahwin, ttapi bkn ditujukn kpd wanita yg tidak mahu berkahwin sahaja krn tidak ada jodoh ttpi kpd semua golongan yg terlibat. Kalau sudah tidak ad jodoh, mereka tersebut tidak boleh dipersalahkan krn sudah takdir menetukan demikian. Akan ttpi masalahnya mereka mmpu berkahwin/ad peluang untuk berkahwin ttpi menolak dengan alasan2 seperti yg sy sebutkan di atas tadi.

    Perkembangan tntng mereka yang menolak perkahwinan bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam ttpi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap sedemikian bukan sahaja bertentangan dgn kehendak ajaran Islam yg mengalakkan perkahwinan ttpi juga bertentangan dgn fitrah suci semulajadi manusia yg hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, Allah jadikan lelaki dan wanita yang mana mereka ini saling memerlukan diantara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yg memerlukan cas positif dan negatif untuk melahirkan cahaya/ kuasa.

    Di malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang ttpi tidak begitu berleluasa seperti di barat cuma pada pandangan Islam , orang yg tidak mahu berkahwin dianggap jelek, menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan dapat kesempurnaan dalam agama dan akan mengalami kerugian di dunia dan akhirat.

    Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adlah lebih banyak berbanding kaum adam krn umumnya bg kaum wanita, pintu syurga lebih bnyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak2. Bagi kaum wanita, untukmendapat maqam/ darjat solehah dan mnjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.

    "SEKIRANYA SEORANG WANITA DAPAT MELAKUKAN EMPAT PERKARA IAITU SEMBAHYANG LIMA WAKTU, PUASA DI BULAN RAMADHAN, MENJAGA MARUAH DAN TAAT KPD SUAMI MAKA MASUKLAH SYURGA MANA-MANA YANG IA KEHENDAKI."

    Jelaskan hadis tersebut.....!

    Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin maka ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana pun ia bersembahyang, berpuasa di bulan ramadhan, dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan dapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bg seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun terletak/ bergantung kpd redha suami.

    Selain daripada itu, di antara kelebihan wanita yg berkahwin juga di sebut bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam krn menguruskan anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yg berpeluh krn terkene bahang api ktika memasak utk keluarganya akan dibebaskan drp api neraka. Bagi wanita yg mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampunkan 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yg tinggal di rumah krn mengurus anak2 akn dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s.a.w di syurga kelak.

    Bahkan wanita rela di jimak oleh suaminya juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati krn bersalin akan mendapat seperti pahala syahid. Kelebihan2 ini tidak akan dapat/ di perolehi bagi wanita yg menolak perkahwinan. Malah didunia akan selalu berada dalam fitnah dan diakhirat menjadi golongan yg rugi. Oleh itu, wanita dianjurkan berkahwin jika telah menemui pasangan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin. I ni berteraskan kpd hadis Nabi..

    Sabda Rasulullah...

    "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak
    maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.
    " Para sahabat bertanya, " Bagaimana kalau ia telah berkahwin?"
    Baginda s.a.w menjawab " kahwiinilah juga ia (diulang sebanyak 3x)."

    Begitulah besarnya pahala yg berkahwin. Tidak perlu bersusah payah untuk keluar rumah untuk berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.

    <<@>>.........................tq
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...