• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • KISAH CEMERLANG TAKWA & IMAN

    May 21, 2011


    “Barang siapa yang bertakwa kepada Allah,Dia akan adakan baginya jalan keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.” A-Talaq,2-3

    Kekuatan Takwa
    Sahabat Abdullah bin Masud menganggap ayat ini sebagai formula menyelesaikan masalah teragung di dalam Quran.Ia menunjukkan,mereka yang bertakwa akan diilhamkan Tuhan dengan petunjuk.Berpandukan petunjuk itu,mereka mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi.Lebih daripada itu,Takwa juga memurahkan rezeki mereka di dunia.

    Mengikut Ibn Abi Hatim, “Ayat ini diturunkan berkaitan dengan insiden Auf bin Malik ditawan oleh musuh.Ayahnya,Malik al-Asyja’ii,meminta nasihat nabi berhubung dengan perkara ini dan nabi menyuruh Malik memperbanyakkan zikir dengan kalimat lahaula wala quwwata illa billah.Tidak berapa lama selepas itu,Auf dapat melepaskan diri dan beliau terus kembali dengan membawa unta-unta musuh bersama-samanya .Bapanya bersyukur dengan apa yang berlaku dan berita ini terus disampaikan kepada nabi.Nabi juga turut bersyukur dan mengizinkan unta-unta itu dimanfaatkan, “Kisah ini menunjukkan,takwa barkait rapat dengan pertolongan Allah dan kemurahan rezeki.

    Apa itu Takwa?
    Sahabat Omar bin Khattab pernah bertanya kepada sahabat Ubai bin Kaab berkenaan maksud Takwa.Ubai berkata, “Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri?” Jawab Omar, “Ya pernah.” Ubai bertanya lagi, “Apakah yang kamu lakukan ketika itu?” Omar berkata, “Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh (syammartu wajtahadtu).” Berkata Ubai, “Itulah takwa.” Daripada jawapan ini dapat disimpulkan,takwa bermaksud berhati-hati dalam hidup supaya tidak terjebak dengan perkara yang haram serta bersungguh-sungguh semasa beramal berlandaskan Quran dan sunah.

    Iman Sejahtera Sebagai Asas
    Iman sejahtera adalah iman yang berasaskan kepercayaan Ahlu Sunnah Wal Jamaah.Ia adalah asas kepada takwa.Sehubungan dengan itu,Imam Ibn Hazm berkata, “Ahlu Sunnah Wal Jamaah ialah sahabat-sahabat nabi serta mereka yang mengikut manhaj serta landasan sahabat-shabat nabi dari kalangan tabiin,ahli hadis serta ulama fikah,dari generasi ke generasi hinggalah hari ini.
    Antara aspek penting dalam iman adalah beriman kepada Allah tanpa melakukan syirik.Syirik bemaksud menyekutukan sesuatu sesuatu dengan Allah.Ia terbahagi kepada dua iaitu syirik besar dan syirik kecil .Mereka yang melakukan syirik besar terkeluar daripada islam.Contohnya,golongan yang mengatakan Tuhan mempunyai anak dan Tuhan menjelma ke dalam diri makhluknya.Syirik kecil tidak menyebabkan individu itu terkeluar daripada Islam,namun ia menyebabkan individu itu berdosa kepada Tuhan.Kadangkala ia menyerang hati-hati manusia secara halus,sekali gus menghitamkan hati-hati itu tanpa disedari.Berhubung dengan ini,Alah menyatakan dalam surah al-Baqarah ayat 22 yang bermaksud, “Maka janganlah kamu mengadakan andada bagi Allah sedangkan kamu mengetahui.”

    Imam Ibn Kathir di dalam Tafsir al-Quran al-Azim menyatakan pendapat Abdullah bin Abbas berhubung kalimat andada ini.Beliau berkata, “Andada bermaksud perbuatan syirik yang tersembunyi yang lebih halus daripada seekor semut hitam yang melata di atas sebuah batu hitam di malam yang kelam.Syirik ini berlaku apabila,sebagai contoh,seseorang berkata, ‘Demi Allah dan demi nyawaku.’ Ia juga berlaku apabila seseorang mengucapkan perkataan, ‘Jika tidaklah kerana anjing ini,pencuri itu pasti memasuki rumah kita semalam..’ dan sebagainya.” Inilah antara syirik kecil yang perlu dijauhi.

    Kejayaan Kesan daripada Takwa
    Khalifah Omar bin Abdul Aziz terkenal sebagai pemimpin yang bertakwa kepada lagi adil.Pemerintahannya memakan masa 30 bulan.Dalam jangka masa itu,kemiskinan berjaya dibenteras dan rakyat hidup dalam kemewahan.
    Berhubung dengan ini,Yahya bin said melaporkan, “Khalifah Omar Abdul Aziz mengutus aku untuk mengintip zakat di Afrika.Aku pun melaksanakan tugas ini dan kemudiaannya aku pun mencari golongan fakir miskin untuk diberikan zakat namun golongan ini tidak ditemui.Sesungguhnya Khalifah Omar Abdul Aziz menjadikan kami manusia kaya raya.” Justeru,takwa mendatangkan kesenangan kepada individu bukan hanya di akhirat,malah di dunia juga.

    0 coretan ilham:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...