• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • KESUKARAN DATANG TIDAK DI DUGA..!!!!!

    Dec 28, 2010


    Kehidupan umat Islam di alam ciptaan Allah ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan ujian dan cabaran. Allah sentiasa menguji manusia dengan pelbagai ujian, apatah lagi orang beriman dan kuat beribadat.

    Ujian Allah bertujuan menilai sejauh manakah tahap kesabaran manusia, sama ada mereka bersabar atau sebaliknya. Allah menjelaskan dalam al-Quran bahawa setiap manusia pasti diuji. Manusia pula perlu mengatur persediaan untuk menempuh ujian Allah, bencana atau musibah, agar tidak kehilangan punca, gelisah dan keluh kesah.

    Malah, manusia perlu mempunyai daya kekuatan, kegigihan dan tidak mudah berputus asa. Ini sebenarnya memperlihatkan kemampuan manusia bersabar ketika berdepan dengan masalah dan kesukaran hidup dan meyakini setiap ujian pasti ada hikmah di sebaliknya.

    Jelas, ujian Allah bertujuan mendidik manusia agar menghadapi hidup dengan takwa dan beriman kepada Allah. Nilai keimanan seseorang bergantung sejauh mana kita sanggup mengharungi pahit getir hidup dengan bersabar.
    Iman adalah ikatan perhubungan antara manusia dengan Allah. Ini bersesuaian dengan hakikat Islam yang membina kekuatan dalaman insan dan sentiasa pula mengiginkan kebaikan. Sebagai manusia seharusnya kita tunduk terhadap apa jua ujian Allah dengan sabar.

    Bagaimanapun, kebiasaannya ramai kecundang apabila menghadapi ujian Allah, mudah putus asa, resah dan hilang sabar dengan sedikit kesulitan atau cabaran biarpun ia menjanjikan sesuatu kejayaan.


    Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Siapa yang ingin bersabar, Allah memberikan kesabaran kepadanya. Dia tidak memberikan seseorang yang terbaik dan terluas daripada sabar."

    Ditinjau keadaan dunia hari ini, dalam era globalisasi yang dicirikan ruang siber, teknologi maklumat dan digital, umat Islam tidak terkecuali daripada pelbagai masalah, ujian dan cabaran.

    2 coretan ilham:

    1. Cik Mya Cik Mini said...:

      setiap apa yg terjadi ada hikmahnya....Allah S.W.T maha mengetahui segala apa yg terjadi......tiada daun yg gugur tanpa pengetahuanNya...Allah S.W.T maha pengasih dan maha penyayang....sesungguhnya DIA menyayangi hambaNya tanpa suatu syarat pun....

    1. Permata Qurratu Syabab said...:

      btol2...Allah y mnjdikn alam ini, bkit bukau,pokok kayan, laut, sgala ape y ad di bumi dan langit..smua Allah y pnyer...kekuasaan ad pada nya...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...