• Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit
  • ZIKIR MEMBERSIHKAN HATI

    Jun 26, 2011
    Membersihkan hati dan menolak kehendak hawanafsu yg keji itu merupakan fardlu ain hukumnya. Akan tetapi mmbersihkan hati itu sangat sukar kerana penyakit hati itu tidak dapat dilihat oleh mata ttapi dapat ditangkap dengan hati. Untuk menandingi masalah hati tersebut iaitu dengan adanya NUR (cahaya ilahi) yang tidak dapat ditangkap oleh pancaindera ttapi dapat ditangkap oleh hati. Dengan NUR (cahaya ilahi) tersebut maka keluarlah manusia dari gelap gelita kepada terang benderang dengan izin Allah.

     Cara kaum Sufi mmbuang penyakit hati tersebut dengan RIYADHAH dan latihan2 yang antara lain meliputi bertaubat, mmbersihkan tauhid, taqarrub kepada Allah, mengikuti sunnah Nabi, mmperbanyakkan ibadah, Qiyamullai, tidak makan/ minum yang haram, tidak menghadiri tempat2 yang boleh menambah nyala api nafsu, tidak melihat pemandangan yang haram, dan menahan diri dari ajakan syahwat.

    Riyadhah dan latihan khusus kaum sufi untuk mmbersihkan hati dengan Zikrullah, berzikir dengan menyebut nama Allah. Ulama-ulama Sufi berkata : "Apabila murid-murid mengucapkan zikir LAA ILAAHA ILLALLAH dengan perhatian yang khusyuk kepadaNya, maka terbuka lah segala yang terikat iaitu cengkaman syaiotan.

    Sabda Nabi Muhammad saw yg berbunyi : Bahawasanya hati itu kotor seperti besi yang berkarat dan pembersihnya adalah Zikrullah. " Bagi setiap sesuatu ada alat pembersihnya dan alat pembersih hati adalah Zikrullah, DAN JAUHKAN LAH syaitan itu dengan ucapan LAA ILAAHA ILLALLAH kerana syaitan kesakitan dengan ucapan kalimah tersebut.. Maka seruan saya kepada sahabat2 dan juga diri saya sendiri marilah sama2 kita mmperbanyakkan menyebut LAA ILAHA ILLALLAH dan zikir2 lain yg boleh mendekatkan diri kita kepada Allah Taala..

    0 coretan ilham:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...